Edisi Minda - Asyik Komplen❓

Asal boleh komplen nak komplen.
Cuba selesaikan semampu kita dulu
Sentiasa ada solusi.

Contoh Pisang Goreng “mahal”
Beli RM 3 cuma dapat 6 ketul yang kalau digabung2kan cuma 2 biji pisang sahaja.

Solusinya ada:

Tanam pokok pisang sendiri (tak boleh sabar sebab lama lagi baru pisang tu boleh berbuah dan lepas tu baru boleh digoreng)
Beli pisang dan goreng sendiri (malas nak beli pisang kat pasar, malas nak beli dan bancuh tepung, malas nak beli minyak, malas nak goreng)
Cuma nak makan sahaja pisang goreng yang “mahal” tu. So beli ajelah

1 biji pisang tanduk biasa, boleh makan sampai kenyang kalau beli dan goreng sendiri

Sekian
asyik komplen
Muhammad Radzi Abdul Rahman
Kembali ke atas