Edisi Minda - Coach & Mentor
Berikut adalah beberapa ciri2 bagus mereka:
dia kaji kekuatan dan kelemahan kita
dia bagi list, apa yang perlu dikuatkan lagi, dibaiki, dielakkan
dia bagi spesifik area atau topik untuk kita pulak baca, kaji, fikir, buat dan ulang2 sampai kita terer
dia tegur dari semasa ke semasa, tegurannya keras dan lembut
dia hepi kalau kita lebih terer daripada dia
Kalau kau jumpa ciri2 bawah ni pulak, bolehlah mufaroqah laju2
dia suruh kau bantai je ape2, pastu tanye ape yang kau dapat daripada sesi meredah secara solo itu, dia sengih2 je
sebelum start ape2 lagi, dia dah mengaku, dia coach itu ini dalam definisi dia sendiri
bila kau tanye ape yang terbaik untuk kau, dia cakap semua benda adalah yang terbaik untuk kau, asalkan kau buat sendiri
bila kau dah terduduk, terngadah sebab dia tak guide kau properly, dia kate, itulah kau, degil tak dengar cakap dia baik2 dulu
dia cepat give up dengan kau
Baiklah, selamat mencari coach & mentor yang bersesuaian dengan style dan jiwa korang
Sekian

Muhammad Radzi Abdul Rahman



